CYBERJAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan pengundi-pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bahawa setiap undian yang diberikan kepada sesebuah parti akan membuka peluang untuk menerajui Malaysia.
Justeru, beliau menegaskan bahawa jika rakyat khususnya di Sungai Buloh mengundi calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin bagi kerusi di Parlimen itu, tindakan itu sama seperti memberi undian terhada presiden parti berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya harap pengundi-pengundi di Sungai Buloh faham, satu undi untuk KJ adalah satu undi untuk Zahid.
“Kalau Zahid menang maksudnya UMNO menang dan Sungai Buloh menyumbang kepada undi UMNO untuk menang satu kerusi lagi sehingga membolehkan UMNO menjadi kerajaan, saya juga harap pengundi-pengundi di Sungai Buloh faham yang besar kemungkinan KJ akan kena ‘kerat’..” katanya dalam sidang media hari ini.
Kegusaran Rafizi berhubung undian PRU15 bagi Parlimen Sungai Buloh itu turut menjadi bualan warga maya di laman Twitter.
Malahan, dakwaan Rafizi bahawa ‘1 Undi KJ, 1 Undi Zahid’ itu turut membuatkan sebilangan rakyat Malaysia lebih berwaspada dalam membuat pemilihan calon bagi PRU15.
Pengundi harus berhati-hati, dengan dakyah 1 Undi KJ , 1 Undi Zahid Jadi PM10.
Yang mana nak undi BN , undilah. tapi yg lebih penting pengundi #BaganDatuk tempat #PresidenUMNO bertanding.
Jgn buang undi utk dia.Buang undi untuk PN ke utk PH ke.
Terserahlah https://t.co/IdEudSh3RV— En. Mohd (@azrn88) November 3, 2022
https://twitter.com/afifuze/status/1587988664713629696