HomeBeritaPolitikAntara janji 'telur' pembangkang atau bonus bonanza BN

Antara janji ‘telur’ pembangkang atau bonus bonanza BN

RAMAI yang gelak ketawa apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran janji mahu memotong gaji dan elaun Perdana Menteri jika PH diberi mandat pada PRU15 akan datang.

Ini kerana mengikut congakan orang kampung, katalah gaji dan elaun PM adalah RM100,000 sebulan, jika setahun RM1.2 juta dibahagikan dengan 32 juta rakyat baharu RM0.03 sen seorang rakyat.

Dengan kata lain, usaha beliau tidak logik  hanya janji ‘telur’ sahaja, dengan pendapatan per kapita bagi setiap rakyat adalah RM2,200 sebulan tetapi masih mereka dalam kategori miskin rentan.

Golongan miskin rentan ini biasanya menetap di bandar dan pinggir bandar, kos sara hidup tinggi menyebabkan jumlah gaji tinggi masih tidak membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Ahli perniagaan, Datuk Abd Hakim Hamidi berkata, dengan pendapatan itu, rakyat masih perlu isi minyak petrol untuk mencari sesuap nasi, masih perlu bayar tol, masih perlu pinjam sana sini untuk belajar sekolah anak.

“Bezanya dengan pak Menteri, mereka ada elaun minyak, elaun tol, elaun makan sana sini, elaun ‘out station’, elaun penerbangan dan lain-lain.

Abd Hakim Hamidi

“Pastinya ada yang tak usik gaji bulanan mereka dan masih boleh ‘survive’ kerana kedudukan mereka membuka seribu peluang lain untuk meneruskan kehidupan yang selesa.

“Hanya perlukan dua tahun atau 36 bulan memegang kuasa di Parlimen untuk melayakkannya mendapat pencen yang sama gajinya seumur hidup, antara punca 12 Menteri Perikatan Nasional (PN) tidak mahu bubar Parlimen awal.

“Jadi apabila Anwar kata mahu potong gajinya, beliau hanya ‘memperbodohkan’ rakyat kerana banyak perkara lain yang tidak diceritakan secara jujur, ” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau mengulas tawaran daripada PH, PN, GTA dan BN jika mereka menang PRU15, rakyat perlu menilai semula mana yang terbaik dan berpijak di bumi nyata, jangan buat silap kali kedua atau diperdaya sekali lagi.

Antara manifesto dari PH adalah potong gaji PM, beri cuti umum pada hari Ahad dari PN manakala Presiden Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad pula hilang wawasan untuk memajukan anak bangsa, setiap kali ucapannya hanyalah menghasut serta menghentam musuh politik tanpa perancangan membawa hala tuju negara.

Memang tidak dinafikan ada yang setuju cuti umum tetapi ia bukanlah membantu rakyat dari sudut ekonomi dan jangka masa panjang.

Menurut Abd Hakim, ini berbeza dengan manifesto BN yang bersifat realistik, holistik, tidak menjanjikan bulan dan bintang, yang diumumkan baru-baru ini akan memperkenalkan skim bantuan pendapatan asas atau “Assistive Basic Income”.

“Ia adalah salah satu inisiatif bagi menangani isu kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi, jika BN menang PRU15.

“Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata melalui skim ini, kerajaan akan mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.

“Dalam Al Quran banyak firman Allah menyuruh hambaNya berfikir menggunakan akal fikiran, tanpa berfikir manusia hanyalah binatang yang melata-lata,” katanya.

BN menawarkan lima fokus utama dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 dan M40 selain tidak melupakan golongan T20.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, manifesto BN juga menjanjikan pemberian 100 peratus pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diberikan kepada pelajar dari kelompok M40 dan ke bawah.

Berdasarkan ‘track record’ BN selama 60 tahun, belum pernah lagi mengecewakan rakyat apa yang dijanji pasti ditunaikan,  dan pastinya ia ibarat bonus bonanza kepada rakyat.

Author

Pilihan Editor