HomeBeritaEFL: Liverpool diheret kelab bawahan untuk menang melalui sepakan penalti

EFL: Liverpool diheret kelab bawahan untuk menang melalui sepakan penalti

LIVERPOOL terpaksa berhempas-pulas untuk menewaskan kelab divisyen bawahan, Derby County sehingga memerlukan penentuan sepakan penalti selepas diikat seri tanpa jaringan dalam perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL), di Anfield, pada awal pagi tadi.

Derby County turun ke Anfield dengan misi mencipta kejutan ke atas pasukan Jurgen Klopp yang membuat 11 pertukaran daripada skuad yang mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham Hotspurs pada hujung minggu lalu.

Pasukan pelawat mencemaskan penyokong tuan rumah menerusi tiga percubaan bahaya yang hampir menjaringkan gol namun dinafikan oleh penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher.

Kemenangan ini ternyata memberi kelegaan buat peminat The Reds, dengan Liverpool beraksi selaku juara bertahan piala ini untuk meneruskan momentum misi mempertahankan gelaran piala yang dimenangi mereka pada musim lalu menewaskan Chelsea dengan jaringan penalti 11-10 setelah terikat tanpa jaringan di Stadium Wembley, pada Februari lalu.

Author

Pilihan Editor