CYBERJAYA: Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri selepas kemalangan membabitkan motosikal ditungganginya, malam semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh pihaknya menerusi hantaran di Instagram hari ini.
Dalam hantaran tersebut, keadaan Fad dilaporkan semakin stabil dan kini masih dalam pemantauan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
“Terima kasih buat yg mendoakan Fad. Semalam Fad terlibat dgn kemalangan dalam jam 7.15 ke 7.30 malam lepas balik dari kerja .
“Condition dia sekarang alhamdulillah stable, takda patah takda pendarahan dekat kepala cuma dia masih di HDU sebab berlaku hentakan.
“Untuk yang tanya macam mana jadi dia cakap dia langgar kon yg di tinggal tepi macam tu ja. Ada kereta rosak sebelum tu, jalan memang dah gelap dan memang tak nampak. Ada satu motor sebelum motor Fad cuba elak jadi Fad motor yang kedua memang dah tak sempat terus terbabas,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fad sekeluarga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan kenalan yang tampil memberi bantuan serta mendoakan kesembuhannya.
“Buat kawan-kawan yang terus datang semalam kat tempat kejadian terima kasih banyak-banyak.
“Yang tolong settlekan urusan motor Fad dan buat dua org lelaki yg tolong Fad dari awal dan teman Fad sampai selesai moga Allah balas kebaikan kalian,” ujarnya.