HomeBeritaHarapan Wilayah Persekutuan buat Loga Bala pada PRU15

Harapan Wilayah Persekutuan buat Loga Bala pada PRU15

KUALA LUMPUR: Banyak perubahan yang dilakukan untuk mengubah nasib golongan miskin rentan ketika Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan menjawat jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Loga Bala seorang pemimpin memiliki empati tinggi kepada masyarakat, samada kuasa ada ditangan atau tidak, beliau sentiasa tangkas menyalurkan bantuan dalam misi banjir, kebakaran dan tanah runtuh.

Walaupun Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU14, beliau tetap mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan bantuan pelajaran termasuk telefon pintar kepada ramai pelajar di Batu.

Malah, Pengerusi UMNO cawangan Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Rafique turut menyatakan Loga Bala sewajarnya dicalonkan untuk bertanding pada PRU15.

“Beliau seorang pemimpin yang memiliki rekod bersih, dedikasi, rajin dan baik hati, rakyat mudah untuk akses dirinya mendapatkan bantuan.

“Dia gemar membantu golongan memerlukan, B40, lebih bawah dari itu dan sentiasa mendengar apa rakyat mahu,” katanya.

Tambahnya, banyak jasa Loga Bala kepada penjaja, peniaga kecil-kecilan beliau sediakan tempat strategik dan kaedah untuk menambah pendapatan mereka.

“Beliau telah memastikan peruntukan hampir RM20 juta disalurkan untuk menambah baik bandar Little India, Brickfields di mana memberi kemudahan untuk semua acara masyarakat India di tengah-tengah bandar.

“Antara projek rakyat yang diusahakannya adalah pembinaan 1,000 rumah murah bawah RM100,000 untuk golongan miskin

“Projek itu membabitkan sebanyak 300 unit flat di Kampung Pandan, diikuti 500 unit di Sentul and 200 unit di Bukit Kiara,” katanya.

Kurang 24 jam hari penamaan calon pada esok, masih ada harapan agar kepimpinan tertinggi BN untuk memberi peluang kepada Loga Bala

 

Author

Pilihan Editor