TEHRAN: Iran telah mula mengeksport kereta ke Venezuela, lapor Xinhua, memetik Menteri Pengangkutan Venezuela Ramon Velasquez pada Ahad.
Kereta buatan Iran telah menerima sebanyak 80,000 tempahan di Venezuela, dan 1,000 daripadanya akan dihantar pada peringkat pertama, Velasquez dipetik Agensi Berita Buruh Iran sebagai berkata.
Terdapat permintaan yang sangat tinggi untuk kereta keluaranĀ Iran di Venezuela, katanya.
Velasquez dan rombongan delegasinya berada di Iran bagi menghadiri mesyuarat kesembilan Suruhanjaya Ekonomi Bersama Iran dan Venezuela, yang bermula pada Ahad.
Kedua-dua negara, telah menjalin hubungan ekonomi dan tenaga sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi mengimbangi kesan sekatan Amerika Syarikat. – BERNAMA