PETALING JAYA: Bebas bijirin dan bahan kimia memberi kelebihan kepada pengeluar produk makanan kucing keluaran Bumiputera, Keysha Nutrish Cat Food, dalam memberikan formulasi makanan terbaik dan berkualiti kepada si comel.
Keysha Food Cat Food diusahakan oleh anak tempatan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zaidi Md Jasmin.
Mohd Zaidi berkata, kelebihan produk Keysha Nutrish adalah ia keluaran Bumiputera dengan mengutamakan produk bebas bijirin dan bahan kimia.
“Keysha Nutrish sebenarnya sudah dua tahun berada di pasaran dan Bumiputera pertama keluarkan produk makanan kucing bebas kimia dan bijirin.
“Keysha Nutrish diformulasi khas untuk melebatkan bulu kucing, menambah selera makan, membina tulang dan menambah berat badan, najis pun kurang berbau, meningkatkan kesuburan, berdaya tahan daripada penyakit.
“Tak perlu pun gunakan makanan tambahan lain atau vitamin sebab nutrisi Keysha Nutrish cukup lengkap. Paling penting bagi pencinta kucing, adalah si comel mereka kekal sihat, gebu, gembira,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penganjuran pertandingan kucing Diva CFA International Catshow, di Jaya Shopping Center, baru-baru ini.
Keysha Nutrish Cat Food adalah penaja utama penganjuran dengan setiap 120 kucing menerima pek produk seberat sekilogram, selain hamper kepada juara.
Mengulas lanjut, kandungan setiap keluaran produk Keysha Nutrish berbentuk makanan kering untuk kucing dewasa dan makanan basah untuk anak kucing masing-masing mengandungi 45 peratus (%) tinggi protein, 82% daging sebenar, kuning telur, salmon, ikan dan ayam segar, bonito, sayuran segar serta bebas bijiran.
“Produk Keysha Nutrish boleh didapati dengan ejen kita di Johor, Terengganu, Kedah dan Penang, dan harga pek makanan kucing percubaan serendah RM20 bagi 450 gram,” katanya.
Pengurus penganjuran Diva CFA International Catshow, Suziey Natasha berkata, masyarakat perlu dididik menghargai kucing kampung kerana menyifatkan semua kucing layak untuk disayangi tanpa mengira latarbelakang.
Katanya, dengan penganjuran itu, memberi peluang dan galakan kepada pencinta kucing mengangkat kucing kampung ke dalam platform peringkat antarabangsa itu.
“Kita adakan pertandingan kucing peringkat antarabangsa dengan menghimpunkan baka kucing yang ada di dunia dan membawa juri antabangsa serta juri tempatan yang diiktiraf antarabangsa.
“Di sini, kita juga mengangkat kucing kampung, kita namakan kategori HHP (Household Pet) iaitu kucing rumah, yang tiada sijil, kucing jalanan dan kita ambil, jaga cantik dan bawa ke peringkat antarabangsa.
“Ini kerana, semua kucing layak untuk disayangi, jadi kita buat pertandingan untuk berikan kesedaran untuk orang ramai yang kucing kampung pun boleh buat pertandingan di peringkat antarabangsa,” katanya.
Suziey berkata, enam juri diiktiraf antarabangsa masing-masing dua daripada Amerika Syarikat (USA), Jepun (2), Rusia (1) dan Malaysia (1) dibawa ke dalam pertandingan dalam penilaian baka dan HHP membabitkan enam platform (6 Rings).
Katanya, kategori disediakan Pedigree Kitten, Pedigree Championship, Pedigree Premiership (kembiri) dan HHP.