HomeBeritaPolitikPRU15: Calon BN kemuka sembilan janji buat pengundi Puchong

PRU15: Calon BN kemuka sembilan janji buat pengundi Puchong

PUCHONG: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader telah mengemukakan manifesto khas kepada penduduk di Parlimen itu pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Manifesto yang bertemakan “Saya Janji, Saya Tunai” mengandungi sembilan aku janji yang memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan sekiranya beliau dipilih oleh pengundi pada 19 November ini.

Janji pertama yang dibuat adalah membuka dua pusat khidmat masyarakat di kawasan Seri Serdang dan Seri Kembangan bagi menyampaikan khidmat serta bantuan kepada masyarakat. Selain itu, antara janji yang dibuat menyelasaikan isu banjir di Puchong dengan menaik taraf sistem infrastruktur perparitan, mendalamkan sungai dan ‘Longkang Monsun’.

Selain itu, dua lagi janji merangkumi penyediaan rumah mampu milik untuk golongan B40 dan M40 serta menaik taraf infrastruktur jalan yang perlu diberi perhatian.

Janji kelima mengandungi masalah sosial yang membabitkan lambakan pendatang tanpa izin (PATI) sehingga menimbulkan masalah sosial di kampung tradisi dan kawasan perumahan sekitar kawasan Puchong dan janji keenam pula pemasangan lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (LED) di semua jalan kampung kawasan Puchong.

Seterusnya, janji yang dibuat oleh Presiden Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) atau lebih mesra disapa sebagai Tok Aji itu adalah merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan setempat dengan menyediakan peluang perniagaan buat kumpulan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Dua janji terakhir meliputi bidang pendidikan iaitu menyediakan tawaran biasiswa buat pelajar cemerlang di Puchong dan mengatasi kesesakan lalu lintas dengan penyediaan jalan alternatif.

Pada PRU15, Parlimen Puchong menyaksikan persaingan empat penjuru terdiri daripasa Syed Abdul Kadir mewakili BN akan menentang calon heavyweight DAP yang mempertaruhkan bekas menteri, Yeo Bee Yin manakala Chew Jyh Gang mewakili PN dan aktivis masyarakat, aktivis kemasyarakatan, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang bertanding atas tiket Bebas.

Author

Pilihan Editor