CYBERJAYA: Laungan ‘reformasi’ mula kedengaran di sekitar pintu Istana Negara 2, Kuala Lumpur hari ini.
Rata-rata penyokong Pakatan Harapan (PH) dilihat mula membanjiri kawasan berkenaan sekitar jam 3 petang tadi.
Tinjauan MEDIA VARIASI yang berada di kawasan hadapan Istana itu mendapati, berlakunya sedikit kekecohan dimana para penyokong menzahirkan sokongan mereka terhadap calon Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dengan bantuan para petugas keselamatan yang berhimpun bersama pengamal media sejak awal pagi tadi.
Status Perdana Menteri ke-10 masih menjadi tanda tanya kerana setakat pukul 3.30 petang ini, masih tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan yang membawa ketua parti dan ketua parti gabungan ke Istana Negara.