HomeBeritaCalon PM ke-10 masih belum tiba, Agong minta rakyat bersabar

Calon PM ke-10 masih belum tiba, Agong minta rakyat bersabar

CYBERJAYA: Status Perdana Menteri ke-10 masih menjadi tanda tanya kerana setakat pukul 3.30 petang ini, masih tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan yang membawa ketua parti dan ketua parti gabungan ke Istana Negara.

Namun sekitar jam 2 petang tadi, kelihatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli bertemu petugas-petugas media yang sudah berkampung di hadapan pintu Istana Negara 2 sejak awal pagi tadi.

Agong bertitah, baginda masih belum menerima apa-apa akuan bersumpah (SD) daripada mana-mana parti.

Jelas bagindan, pihaknya tidak boleh mendedahkan apa-apa selagi tidak mempunyai SD daripada Ahli-ahli Parlimen.

“Saya tak boleh nak kata (angkat sumpah hari ini). Saya tidak boleh dedahkan apa-apa sebab saya tidak tengok apa-apa lagi.

“Rakyat diminta bersabar dan terima keputusan rakyat, wakil-wakil rakyat dan terima keputusan saya, titah baginda ketika menemui media hari ini.

 

Author

Pilihan Editor