HomeBeritaLelaki baju T putih itu adalah tertuduh, kata saksi kes Emilia

Lelaki baju T putih itu adalah tertuduh, kata saksi kes Emilia

KUALA LUMPUR: “Lelaki memakai baju T putih adalah Orang Kena Tuduh (OKT),” kata saksi keenam pendakwaan (SP-6), dalam Bahasa Inggeris, bagi kes keganasan rumah tangga Emilia Hanafi di Mahkamah Majistret Jenayah 3 Jalan Duta hari Jumaat.

Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi

Pembekal makanan syarikat swasta, Elisa Nani Hanafi, 38, melakukan pengecaman dan merujuk kepada bekas suami Emilia iaitu Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin selepas membacakan pernyataan bertulis saksi di hadapan Majistret, Puan Nadia Othman.

Saksi menunjukkan SM Faisal yang duduk dalam kandang OKT sebagai tertuduh.

SM Faisal SM Nasimuddin bersama peguambelanya.

Ketika Elisa Nani membacakan kenyataan bertulis saksi berkenaan, tiga kali Nadia bertanyakan kepada Elisa Nani, “are you ok?” kerana mendengar suaranya yang agak sebak.

Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi

Saksi mengangguk, diminta membuka pelitup muka dan meneruskan keterangan berkenaan.

Dalam prosiding hari ini yang bermula sekitar jam 11.30 pagi tadi, pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan juga Nur Aishah Ahmad Zakiuddin.

Mahkamah turut setuju pengecualian pengecaman untuk tiga individu iaitu bekas ibu mentua Emilia, Puan Sri Zaleha Ismail, anak saudaranya dan suami Elisa Nani.

Saksi ke enam kes keganasan rumah tangga terhadap Emilia Hanafi, Elisa Nani Hanafi diiringi peguambela mangsa.

Namun Nadia meminta prosiding ditangguhkan kerana beliau ada kes lain untuk dibicarakan pada jam 12 tengah hari, justeru pendakwa raya dan peguambela mewakili SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader meminta penangguhan tarikh.

Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi

Mahkamah telah menetapkan tarikh sambung bicara bagi pemeriksaan ke atas saksi ke enam pendakwaan diputuskan pada 6 Disember 2022 ini.

Selain Akberdin, SM Faisal yang berbaju T dan berseluar jeans juga diwakili barisan peguambela OKT iaitu Datuk Jagjit Singh dan dua orang peguambela serta seorang peguam pelatih dalam kamar (PDK).

Peguam pemerhati mewakili mangsa Emilia pada hari ini ialah Amirul Iman Dollah dari Tetuan Nazri Yahya & Co.

Turut hadir sebagai pemerhati, wakil Sisters In Islam(SIS), Adam Idris dan wakil Women’s Aid Organzation (WAO) Georgina.

Untuk rekod, SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, 43, yang ketika kejadian adalah isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.

Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Majistret Jenayah 3 Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan penangguhan perbicaraan kes jenayah SM Faisal SM berikutan Akberdin iaitu peguambela utamanya jatuh sakit.

Beliau dikatakan tidak dapat hadir kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada salur pernafasan.

Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi

Pada 14 September lalu pula, Akberdin tidak dapat hadir berikutan kakak iparnya meninggal dunia dan perbicaraan telah ditangguh ke 14 Oktober.

Manakala pada 14 Oktober pula, Mahkamah Majistret Jenayah 3 Kuala Lumpur membenarkan Akberdin untuk mendapatkan keterangan bertulis saksi mengikut peruntukan Seksyen 402 (b) Kanun Tatacara Jenayah (CPC) daripada saksi sebelum memulakan prosiding.

Akberdin memohon keterangan bertulis saksi pendakwaan iaitu Elisa Nani mengenai pertuduhan SM Faisal mencederakan bekas isterinya, Emilia Hanafi sebelum prosiding perbicaraan dijalankan. Justeru prosiding pada tarikh tersebut turut ditangguhkan.

Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi

Author

Pilihan Editor