HomeGaya HidupNenek Pariam pasrah untung kerepek 50 sen dicuri orang

Nenek Pariam pasrah untung kerepek 50 sen dicuri orang

MELIHAT kegigihan seorang warga emas berusia 82 tahun terketar-ketar menjual kerepek di bandar Tawau untuk kelangsungan hidupnya mengundang rasa sebak di dada.

Kisah hidupnya diketengahkan oleh YouTuber Vitaminbae mendapat pelbagai reaksi masyarakat dan ditularkan.

Menerusi video berkenaan, nenek itu kelihatan sedang duduk di tepi tangga sebuah hotel bersama barang jualannya.

Nenek menjual kerepek, rempeyek dan kuih sepit, untungnya 50 sepeket namun dia gembira dan bersyukur kerana ia datang dari usahanya sendiri.

Sumber foto dari youtube Vitaminbae

Walau untung kecil, namun ujian tetap menyinggah tiba menguji kekuatan hati si ibu tua ini apabila pendapatanya dicuri orang ramai yang datang mendekati.

Nenek Pariam pasrah, teringat satu kata- kata sahabat penulis, rezeki sebenar kita adalah yang dikorbankan, dikongsi dan disedekahkan kepada yang lain, bukan rezeki yang kita terima.

Amalan yang dibawa bersama adalah pengorbanan kita kepada yang memerlukan, bukannya apa yang kita terima seperti kuasa Dan harta.

Menyoroti kisah hidupnya yang didedahkan menerusi YouTuber itu, nenek Pariam tinggal sendirian di rumahnya, dahulu, dia dijaga oleh anak angkatnya bagaimanapun dia telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Kini nenek kembali sendirian.

Menurut nenek, dia mempunyai anak kandung namun sehingga kini belum dapat dihubungi.

Sumber foto dari youtube Vitaminbae

Pada Sabtu, Parti Warisan Sabah, Bebas, Pakatan Harapan, Parti Pejuang Tanahair dan Parti Gabungan Rakyat Sabah telah meletakkan calon mereka di Tawau pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Semoga ada calon yang sudi hadir membantu nenek berkenaan bukan sekadar mencari bahan kempen PRU15.

Author

Pilihan Editor