HomeBeritaPolitikTiada agenda tersembunyi, Syed Ibrahim bertanding PRU15 untuk selesaikan masalah rakyat

Tiada agenda tersembunyi, Syed Ibrahim bertanding PRU15 untuk selesaikan masalah rakyat

PUCHONG: Calon BN Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ibrahim berkata dalam sidang media pada Sabtu malam, beliau boleh membuktikan untuk menunaikan semua janji beliau untuk menyelesaikan masalah-masalah dihadapi rakyat Puchong, secara beramanah jika beliau menang PRU15.

Menurut beliau, kebanyakan masalah rakyat yang timbul sebelum ini beliau pernah bawakan dan kemukakan dalam Parlimen untuk memastikan perkara itu diselesaikan.

“Saya akan bawa banyak perkara ini ke Parlimen untuk kebaikan masyarakat di Puchong, ini perubahan saya boleh buat esok.

“Kita boleh lihat, kalau nak pergi ke Parlimen, hanya dua penggal saya dijadikan senator, dalam dua penggal ini, berapa banyak perkara yang saya kemukakan di situ untuk kebaikan rakyat.

“Saya memang perhatikan rakyat sahaja, saya tidak ada agenda penting, agenda tersembunyi, jadi boleh tanyakan kepada Parlimen mengenai siapa saya di Parlimen,” katanya.

Justeru, beliau meminta dan merayu kepada rakyat di Puchong untuk memberikannya peluang untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di kawasan itu.

Antara masalah rakyat Puchong yang beliau ketengahkan ialah isu masalah jalan raya, kekurangan sumber pekerja asing dan penyediaan rumah mampu milik terutamanya bagi golongan B40 dan M40.

Author

Pilihan Editor