HomeSukanPiala Dunia: Ghana bengang, pengadil berat sebelah

Piala Dunia: Ghana bengang, pengadil berat sebelah

KETUA jurulatih Ghana, Otto Addo, menzahirkan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Portugal dalam kemenangan Piala Dunia Qatar 2022 yang mendebarkan ke atas The Black Stars, awal pagi tadi.

Addo lantang bersuara: “Saya tidak tahu sama ada (video bantuan pengadil) VAR tidak memberi perhatian,” lapor Astro Awani hari ini.

Dalam perlawan itu, Cristiano Ronaldo muncul pemain pertama yang menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia menerusi sepakan penalti di Stadium 974 yang menyaksikan Portugal menang 3-2.

Bagaimanapun, pasukan Ghana menyifatkan keputusan pengadil, Ismail Elfath, untuk memberikan sepakan penalti adalah tidak tepat dan percaya, Mohammed Salisu memenangi bola atas cabarannya ke atas pemilik lima Ballon d’Or lima kali.

Addo mengecam prestasi Elfath sambil mendedahkan dia telah dinafikan peluang untuk bercakap dengan pengadil susulan kekalahan Ghana.

Ketika ditanya sama ada Ronaldo meraih manfaat daripada keputusan berkenaan Addo hanya mengatakan dia tiada bukti untuk isu tersebut.

“Saya rasa anda perlu bertanya kepada pengadil. Saya tidak mempunyai bukti mengenainya tetapi kami bermain bola sepakan dan berlaku pertembungan pemain.

“Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan, saya tidak pasti adakah VAR tidak memberi perhatian,” katanya.

Author

Pilihan Editor