KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak enam penggal mewakili Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengumuman tersebut di pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen Barisan Nasional di Dewan Tun Husein Onn, World Trade Centre, Kuala Lumpur, pada malam ini.
Ia sekaligus menutup desas-desus Pengerusi BN itu akan melepaskan kerusi tersebut setelah dilaporkan beliau akan digantikan oleh anaknya, Nurul Hidayah atau orang kanannya sendiri.
Ahmad Zahid akan menghadapi tentangan daripada Bekas Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin serta anak mantan Timbalan Perdana Menteri ketika era Tun Abdul Razak, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail yang menawarkan diri untuk bertanding atas tiket Bebas.
Keputusan PKR untuk meletakkan Shamsul Iskandar yang dikenali sebagai ‘giant killer’ selepas menewaskan Ketua Menteri Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Tun Mohd Ali Rustam dan kini diturunkan bagi mewakili parti itu berhadapan dengan Presiden UMNO.
Pada PRU14 lalu, Zahid memenangi kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 5,073 undi selepas mendapat 18,909 undi menewaskan Pakhrurrazi Arshad (PKR) yang memperoleh 13,836 undi dan calon PAS, Ata Abdul Muneim Hasan Adli (4,061 undi).