CYBERJAYA: Persoalan siapakah bakal mentadbir Putrajaya masih menjadi tanda tanya selagi mana tiada parti gabungan yang menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mengemukakan gabungan baharu dan calon Perdana Menteri ke-10.
Justeru, parti-parti politik di tanah air kelihatan sibuk hari ini bagi membuat percaturan terbaik buat negara.
Namun, menjadi perhatian apabila terdapat satu lagi perkara yang kekal menjadi persoalan buat rakyat Malaysia iaitu berhubung ‘cuti umum’ pada esok hari.
Meninjau di laman Twitter, rata-rata warga maya masih meletakkan harapan agar esok iaitu 21 November 2022 menjadi hari cuti umum sempena pembentukan kerajaan baharu.
Can someone declare a public holiday first?
— Tai Tai (@n_ahwal) November 20, 2022
PH-BN ir whoever in charge now, if you guys need time to jilat balik all maki-makian before, its ok we understand. Just give us Monday Public Holiday. I need that holiday please. You guys has been stealing my peaceful weekend, did u not get it ??
— 花善良 (@Moon_Haruhi16) November 20, 2022
korang nak bincang nak gabung dengan sape, korang bincanglah lelama, tapi please umumkan public holiday dulu untuk esok ahsheshdhahd
— qiden (@muhdnqiuddin) November 20, 2022
https://twitter.com/MidoisPerfect/status/1594250698946142208
I petition for Malaysians to be given another public holiday to at least deal with the confusion, heartache & mayhem.
Well – I need a breather to make peace with the fact that there are lots of people racist/extremist enough to deny progress in fear of losing “ketuanan”
— tash (@tashashot) November 20, 2022
Sementara artikel ini ditulis, Presiden Sabah Progresif Parti, Datuk Seri Yong Teck Lee memberitahu media bahawa Perikatan Nasional (PN) kini sudah mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan pusat tanpa kerjasama Pakatan Harapan (PH).
Apakah pengumuman ‘cuti umum’ yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia bakal terjawab? Sama-sama kita nantikan.