HomeSukanAdam Norrodin ikuti langkah Hafizh Syahrin

Adam Norrodin ikuti langkah Hafizh Syahrin

PELUMBA negara Adam Norrodin, 24, akan beraksi di World Supersport (WSSP) di kejohanan World Superbike pada musim 2023. Perkara ini disahkan oleh akaun media sosial WorldSBK sendiri.

Adam akan bersama pasukan MIE MIS Racing Honda dan bergandingan dengan pelumba dari United Kingdom, Tarran Mackenzie dan akan menggunakan jentera CBR600cc.

Sebelum ini, Adam bersama Pasukan TKKR OneXOX Racing di Kejohanan Asia Road Racing (ARRC) dengan menunggang jentera BMW.

Dia juga pernah beraksi di Kejohanan Dunia dalam kategori Moto3 selama tiga musim dan pernah beraksi dalam kategori Moto2 pada tahun 2019 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing. 

Pengalaman luas yang ada pada Adam pasti ditagih oleh MIE MIS Racing untuk mencipta kejayaan.

Adam berkata, dia sangat berterima kasih kepada Midori Moriwaki kerana memberinya peluang untuk berlumba di pentas dunia. Adam berhasrat untuk memberikan komitmen sepenuhnya, kerana ini adalah peluang terbaik untuk masa depannya.

Adam menjadi pelumba Malaysia yang ketiga beraksi di Kejohanan World Superbike selepas Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin. 

 

Author

Pilihan Editor