HomeTeknologiInstagram tampil dengan ciri baharu dikenali 'Instagram Notes'

Instagram tampil dengan ciri baharu dikenali ‘Instagram Notes’

CYBERJAYA: Aplikasi sosial media, Instagram kini tampil dengan sebuah ciri baharu dikenali sebagai ‘Instagram Notes’.

Menerusi ciri tersebut, pengguna aplikasi berkenaan boleh melakukan perkongsian dalam bentuk teks dan emoji, sepanjang 60 aksara.

Perkongsian Notes itu akan dipaparkan pada bahagian atas halaman DM, dan ia akan dipaparkan untuk tempoh 24 jam seperti ‘IG Story’.

Ciri baharu itu secara tidak langsung memudahkan pengguna membuat perkongsian ringkas tanpa perlu memuat naik gambar dan sebagainya.

Malahan, rakan-rakan yang membalasnya juga akan terus berhubung dengan anda melalui bahagian DM.

Author

Pilihan Editor