HomeBeritaPolitikAnwar tak perlu ambil serius pandangan Mahathir

Anwar tak perlu ambil serius pandangan Mahathir

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mengambil serius berhubung kenyataan bekas Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kurang yakin dengan kemampuan beliau selaku Perdana Menteri.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pandangan Dr Mahathir itu perlu diabaikan berdasarkan prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Beliau bukan sahaja tewas di (kerusi Parlimen) Langkawi, malah hilang wang pertaruhan bersama calon lain yang bertanding mewakili parti dipimpinnya.

“Anwar bebas melakukan apa sahaja demi kebaikan negara dan kita harus membenarkannya berbuat demikian,” katanya seperti dilapor FMT.

Terdahulu, Mahathir menzahirkan kekhuatirannya dengan kemampuan Anwar dalam mentadbir negara.

Menurutnya, tumpuan Ahli Parlimen Tambun itu lebih untuk mengekalkan dirinya sebagai Perdana Menteri manakala perancangan mengatasi masalah negara susulan kesan pandemik, kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik, masih belum diberi perhatian.

Malahan, Mahathir turut mengimbau ketika beliau melantik Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri pada 1990-an yang mana Presiden PKR itu gagal menangani masalah berhubung kejatuhan nilai ringgit ketika itu.

Author

Pilihan Editor