DOHA: Argentina berkemungkinan memenangi perlawanan akhir Piala Dunia terhebat selepas penentuan sepakan penalti yang menyusuli keputusan seri 3-3 selepas masa tambahan di sini pada Ahad, lapor Xinhua.
Argentina menewaskan juara bertahan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti selepas saingan akhir terikat 3-3 berikutan masa tambahan di Stadium Lusail.
Emiliano Martinez berjaya menyelamatkan sepakan penalti pemain Perancis Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni.
Messi membuka jaringan dengan sepakan penalti pada minit ke-23, manakala Di Maria menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-36.
Argentina kelihatan mengawal perlawanan sepenuhnya, tetapi Mbappe memberi Perancis talian hayat dengan sepakan penalti pada minit ke-80.
Mbappe cuba menjaringkan gol ketiga sebelum tamat 90 minit, tetapi rembatannya ditepis dan perlawanan memasuki masa tambahan.
Messi meletakkan Argentina kembali di hadapan pada minit ke-108, hasil rembatan jarak dekat selepas Hugo Lloris berjaya menyekat sepakan pemain gantian Argentina, Lautaro Martinez, tetapi Mbappe menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi sepakan penalti.
Perlawanan terikat 3-3 dan ditentukan menerusi sepakan penalti.
Ia merupakan kemenangan ketiga buat Argentina sekali gus mengakhiri kemarau 36 tahun pasukan La Albiceleste untuk bergelar juara dunia. – BERNAMA