HomeBeritaJohari Abdul sah sebagai Speaker Dewan Rakyat

Johari Abdul sah sebagai Speaker Dewan Rakyat

CYBERJAYA: Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sah terpilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas memperoleh 147 undi daripada Ahli Parlimen.

Pengundian dibuat Ahli Parlimen untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen pada Isnin itu selepas dua pencalonan dikemukakan blok kerajaan dan pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan mencalonkan Johari sebagai calon Speaker Dewan Rakyat mewakili kerajaan dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala, Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Mohd Radzi memperoleh 74 undi daripada proses pengundian tersebut.

Author

Pilihan Editor