KEJAYAAN pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi dalam membantu pasukan itu meraih gelaran juara Piala Dunia 2022 membuatkan namanya menjadi perhatian seluruh dunia.
Malah, Bank Pusat Argentina turut mempertimbangkan cadangan meletakkan wajah Messi pada wang kertas bernilai 1000 peso sebagai tanda penghormatan, lapor Sportsmanor.
Perkara itu berikutan, bintang bola sepak berusia 35 tahun itu telah mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama yang merangkul anugerah ‘Golden Ball’ sebanyak dua kali dalam edisi Piala Dunia.
Ditambah lagi dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, kapten pasukan Argentina itu dikatakan mencatat rekod terbaik sepanjang kejohanan tersebut yang berlangsung pada Piala Dunia di Qatar.
Dalam pada itu, wujud desas-desus yang mengatakan bahawa cadangan nama “La Scaloneta” iaitu nama panggilan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni akan ditulis pada bahagian belakang wang berkenaan.
Bagaimanapun, laporan akhbar El Financiero menyatakan idea tersebut hanyalah sekadar ‘gurauan’ yang dicadangkan oleh anggota Pusat Bank Argentina.