PEMENANG Ballon d’or, Karim Benzema, 35, mengumumkan persaraannya dari skuad kebangsaan Perancis.
Penyerang Real Madrid itu mengambil keputusan untuk bersara setelah mengetepikan perlawanan di Piala Dunia Qatar akibat kecederaan.
Ciapan Benzema di Twitter menyatakan, “saya melakukan usaha dan kesilapan untuk berada di tahap hari ini dan boleh saya katakan saya berbangga dengan setiap apa yang saya lakukan!”
“Saya telah menulis kisah perjalanan saya dan ia telah menemui jalan penamat.”
J’ai fait les efforts et les erreurs qu’il fallait pour être là où je suis aujourd’hui et j’en suis fier !
J’ai écrit mon histoire et la nôtre prend fin. #Nueve pic.twitter.com/7LYEzbpHEs— Karim Benzema (@Benzema) December 19, 2022
Bekas penyerang Lyon ini telah menjaringkan 37 gol dalam 97 perlawanan untuk Les Bleus, membuat penampilan pertama bersama skuad Perancis pada tahun 2007 menentang Austria.
Sebelum ini, Benzema turut terlepas kempen Piala Dunia 2018 di Russia dan kali ini dia berharap dapat memainkan peranan bersama rakan sepasukan untuk mempertahankan kejuaraan namun dihalang oleh kecederaan paha.