HomeMV+EksklusifBiar diri saya ditohmah tetapi jangan sentuh parti - Zahid

Biar diri saya ditohmah tetapi jangan sentuh parti – Zahid

PUTRAJAYA: Ibarat seorang pendekar yang diamanahkan untuk melindungi, pantang disentuh pasti melawan.

Begitulah prinsip perjuangan dan jati diri seorang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ada pihak tidak bertanggungjawab ‘menyentuh’ parti keramat yang dicintainya, lahir dari perpaduan, perjuangan orang Melayu.

Kerana kasih dan cintanya terhadap UMNO, Ahmad Zahid tidak peduli jika ada yang menohmah, mengeluarkan kata nista terhadap dirinya.

Tetapi tidak sesekali membiarkan orang merendah-rendahkan atau memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan kepada MEDIA VARIASI sanggup bangkit melawan semula pihak berkenaan.

“Siapa yang ‘attack’ saya, puji saya, saya tak kisah, tetapi apabila menyentuh tentang parti (UMNO), saya tidak akan biarkan…. (lawan), saya mesti keluarkan.

“KJ (Khairy), masa kempen pilihan raya (PRU15)… bantai Presiden tak mengapa, tetapi apabila kata UMNO ni buruk, UMNO ni rosak, ha tunggulah.

“Saya tak pernah ambil ‘port’ (kisah), tentang orang attack saya secara peribadi, berapa lama dah Annuar Musa bantai saya, saya biarkan sahaja sehinggalah dia sentuh parti kalau parti di’attack’ memang saya tidak ada kompromi…,” katanya ketika ditemui di pejabat rasmi TPM, di sini.

Seperti yang diketahui, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berasal dari keturunan Jawa, berhati keras, tekad dan bulat.

Mana tidaknya, adiknya, Datuk Abd Hakim Hamidi, sebelum ini tampil membetulkan fakta sejarah asal usul keturunan mereka iaitu daripada keturunan Raden Ongko Joyo yang lahir tahun 1280 di Santren, Jogyakarta, dikatakan sering menyilang pedang di belakang badannya tanda seorang pejuang.

Author

Pilihan Editor