HomeBeritaDenda RM10,000, penjara dua tahun jika merokok, hisap vape di laluan pejalan...

Denda RM10,000, penjara dua tahun jika merokok, hisap vape di laluan pejalan kaki berbumbung sekitar KL

 

CYBERJAYA: Seluruh laluan pejalan kaki berbumbung di Kuala Lumpur merupakan kawasan larangan merokok dan vape.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran Facebook rasminya menegaskan perkara itu tertakluk dalam Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pindaan 2017, peraturan 22.

“Selaras dengan inisiatif ke Arah Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok, pihak DBKL telah mengambil langkah peringatan kepada orang awam untuk memasang papan tanda kawasan larangan merokok.

“Sekiranya anda didapati merokok dan menghisap vape di kawasan berkenaan, anda boleh dikompaun oleh pihak penguatkuasaan sebanyak RM10,000.00 atau dua tahun penjara atau kedua duanya sekali,” tulis DBKL.

Pada masa sama, DBKL turut berharap orang awam dapat beri kerjasama untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa melalui aplikasi WhatsApp di talian Aduan Merokok +60108608949 sekiranya terlihat perokok dan pengguna vape yang merokok dan menghisap vape di kawasan larangan berkenaan.

“Bagi perokok yang ingin mendapatkan bantuan khidmat berhenti merokok, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan atau mendaftar di www.jomquit.com.

Bersama kita ke arah Kuala Lumpur ‘Bebas Amalan Merokok’,” tulisnya.

Author

Pilihan Editor