KUALA LUMPUR: Emilia Hanafi, seorang ibu tunggal yang pernah dihantar ke Penjara Kajang atas kesalahan menukar ganti tarikh lawatan anak-anak, pada 27 Jun lalu meluahkan ada pihak cuba ‘menyumbat’ dirinya ke penjara buat kali kedua.
Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi
Bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin Kamal itu hari ini mengeluarkan kenyataan di media sosialnya berikutan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan dia seolah tidak akur dengan perintah mahkamah yang menyebabkan satu waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.
“Isu ini berhubung artikel membabitkan kes komital 2020, yang dilaporkan di media arus perdana semalam berikutan mendakwa terlalu ramai terkejut dan bertanya mengenainya.
“Saya ingin jelaskan yang ini adalah permohonan baru notis tunjuk sebab (komital baru) berhubung tukar lokasi lawatan anak-anak pada tahun 2018 (sebelum ini dipenjarakan kerana tukar ganti tarikh lawatan anak-anak).
“Ini adalah permohonan plaintif yang kelapan yang cuba mengaitkan saya ke atas kes komital,” katanya.
Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi
Ibu kepada tiga anak lelaki itu juga mendakwa, ini juga merupakan percubaan kali kedua untuk memasukkannya ke penjara, sekali lagi, selepas 27 Jun lalu.
Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi
“Bagaimanapun, saya sebagai defenden sedang membela diri di mahkamah dan saya juga berserah kepada kebijaksanaan dan pertimbangan Yang Arif Hakim dan pihak mahkamah.
“Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana menghormati proses mahkamah yg sedang berjalan sekarang,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, tarikh perbicaraan kes komital berkenaan seterusnya adalah pada 28 Mac tahun depan.
Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi
Dilaporkan, Hakim Syarie, Azzeman Omar di Mahkamah Syariah di sini, semalam mengeluarkan waran tangkap selepas ketidakhadiran responden ke mahkamah tanpa makluman.
Difahamkan ini adalah waran tangkap kedua yang dikeluarkan mahkamah sama terhadap Emilia.
Peguam Emilia, Nazri Yahya dilaporkan terkejut sebaik sahaja mengetahui berkenaan perkara tersebut selepas ia dilapor dan disiarkan di media arus perdana, semalam.
Nazri berkata, anak guamnya menjalani hukuman tujuh hari penjara awal tahun ini, tidak pernah gagal untuk hadir mana-mana prosiding mahkamah syariah atau sivil.
Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi
Pada 27 Jun lalu, bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin itu menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana kesalahan menukar ganti tarikh lawatan anak-anaknya.
Kisah pemenjaraan Emilia pernah mendapat perhatian, golongan artis termasuk penyanyi terkenal Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, Che Puan Sarimah Ibrahim, Zahida Rafik, malah pemimpin politik bukan sahaja dalam negara tetapi rakyat di Australia dan Brunei.
Mereka malah berasa hairan dengan pelaksanaan sistem hukuman di Mahkamah Syariah sehingga boleh mengelirukan masyarakat disebabkan kesalahan mengubah tarikh lawatan anak.