HomeMV+Eksklusif30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton - Emilia Hanafi

30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi

KAJANG: “Banduan wanita kes Syariah kena telanjang ketuk ketampi 30 kali disaksikan semua banduan lain dan warden sebelum berpindah sel,” kata Emilia Hanafi, 43, berkongsi pengalaman beliau.

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara

Perkongsian eksklusif ini diceritakan kepada MEDIA VARIASI oleh ibu kepada tiga anak yang juga bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin.

Emilia berkata, pengalaman itu dilaluinya setelah dijatuhkan hukuman Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Prosedur bogel dan ketuk ketampi itu berlaku ketika beliau dipindahkan dari Maktab Penjara ke blok Dahlia dalam Komplek Penjara Kajang pada hari keempat beliau ditahan.

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara

“Maktab Penjara dan blok Dahlia adalah pusat transit prosedur kesihatan bagi mencegah penularan pandemik. Maknanya semua banduan baharu tidak terus masuk sel utama, mereka perlu lalui dua pusat kuarantin ini terlebih dahulu.

“Prosedur ketuk ketampi itu untuk memastikan banduan kes dadah tidak membawa barang terlarang ke dalam penjara.

“Namun pelik kenapa saya yang dijatuhkan hukuman Syariah atas kesalahan ubah tarikh lawatan juga perlu berbogel dan ketuk ketampi sambil disaksikan semua banduan lain,” soal Emilia.

“Saya ingin bertanya dalam kes ini adakah kaedah sedemikian sesuai untuk pesalah Syariah wanita kerana undang-undang ini adalah berlandaskan agama Islam?

“Kami juga mandi bogel beramai-ramai kerana tiada kain basahan. Kami terpaksa berhati-hati kerana kadang-kadang ada pekerja lelaki di luar sel,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara

Emilia dibebaskan pada jam 9.30 pagi Jumaat diiringi oleh wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan meluahkan kepada wartawan MEDIA VARIASI yang beliau tidak malu digelar banduan, kerana masuk penjara atas ketidakadilan dan hati tenang kerana tahu dirinya tidak bersalah.

Beliau selesai menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur dengan mengubah tarikh lawatan anak dengan bekas suaminya.

Emiia membuat permohonan semakan kehakiman yang difailkannya bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnya dan kes itu masih berjalan.

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman itu terhadap Emilia kerana mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Pada 2015, terdapat 77 kes telah difailkan di semua mahkamah, termasuk kes jenayah, kes sivil dan kes syariah, ini termasuk 60 kes di mahkamah syariah yang difailkan oleh bekas suami.

Kesimpulannya, mengapa semuanya dibebankan kepada penjara Malaysia yang sudah sesak dengan pelbagai kes bunuh, dadah, narkotik, pengubahan wang haram, pergaduhan?

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara

Hukuman Syariah adalah berlandaskan apa yang termaktub dalam Islam iaitu qisas, hukum bunuh dibalas bunuh, hukum mencuri disiasat dahulu jika pencuri tiada dalam mudarat ia lepas, jika ia mencuri suka-suka baharulah dipotong tangan.

Namun dari bahagian mana pula dalam kitab kata tukar tarikh seorang ibu perlu dipenjarakan sekaligus dipisahkan dari anak-anaknya?

Seandainya masyarakat berpendapat jika masuk penjara kenapa hendak ‘demand’ macam-macam? Jawapannya kerana sistem perundangan Syariah seharusnya ada prinsip kemanusiaan melindungi wanita, kanak-kanak dan keluarga Islam dari ancaman bahaya, fizikal, aib dan penghormatan.

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara

Author

Pilihan Editor