CYBERJAYA: Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof akan membuat tindakan saman ke atas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) berhubung fitnah dia sudah berkahwin lagi.
Berita berkaitan: Ibu Syamsul beri bayangan hubungan anak dan menantunya sudah hancur
Pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dalam satu hantaran Instagram pada Khamis malam, menyatakan akan menyaman JAWI sebanyak RM10 juta kerana menyebar kenyataan palsu dia sudah berkahwin lagi kepada keluarganya.
“Saya saman pihak RM10 juta kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu kepada keluarga saya bahawa saya telah berkahwin lagi. Ya ianya fitnah. Terima kasih,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi kiriman suara berdurasi satu minit dan 59 saat yang dihantar di WhatsApp, Syamsul berkata, akan memaklumkan tindakan susulan yang akan dibuat dalam masa terdekat.
Berita berkaitan: Ibu Syamsul beri bayangan hubungan anak dan menantunya sudah hancur
“Saya telah berbincang dengan peguam panjang lebar dan dipendekkan cerita, saya akan saman pihak JAWI sebanyak RM10 juta kerana sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya.
“Mereka sudah memberi maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya sedangkan maklumat itu tidak benar, palsu dan boleh dikatakan fitnah kepada ahli keluarga saya,” kata Syamsul.
Berita berkaitan: Ibu Syamsul beri bayangan hubungan anak dan menantunya sudah hancur
Dalam kiriman suara itu juga, Syamsul turut menyebut mengenai dokumen dipercayai berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga, Ira Kazar.
“Perkara tersebut adalah dokumen rasmi kerajaan, oleh itu saya fikir perlu ambil tindakan. Setakat ini, itu dulu yang boleh saya maklumkan dan selebihnya saya akan beritahu kemudian,” katanya lagi.