HomeHiburanIbu Syamsul beri bayangan hubungan anak dan menantunya sudah hancur

Ibu Syamsul beri bayangan hubungan anak dan menantunya sudah hancur

KUALA LUMPUR: Isu rumah tangga pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isteri yang juga seorang pelakon, Puteri Sarah Liyana, terus bergolak sejak tiga tahun lalu susulan pendedahan wanita itu diganggu pihak ketiga sejak 2019.

Berita berkaitan: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand

Kebelakangan ini, isu suami isteri itu semakin panas dengan pendedahan maklumat pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dipercayai membabitkan dokumen berkaitan pasangan itu dan pihak ketiga didakwa anak seorang pelakon veteran, Ira Kazar.

Kenyataan daripada ibu Syamsul sendiri, Datin Patimah Ismail menerusi Instastoriesnya, semalam menambah lagi hangat dengan memberi bayangan seolah masalah anak dan menantu perempuannya sudah tidak boleh diselamatkan.

Berita berkaitan: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand

“Teganya hati manusia lihat keluarga ini ditinggalkan, hancurnya hati.”

Beliau juga meluahkan kesedihan melihat keadaan Puteri Sarah Liyana dan anak-anak, selain berdoa semoga Tuhan terus memberikan kekuatan dan kebahagian kepada menantu perempuan dan cucu-cucu kesayangannya itu.

“Semoga mereka menemui kebahagian yang abadi.”

Anehnya, Ira Kazar yang juga seorang pelakon tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu, sebaliknya bapanya, Kazar atau nama sebenar, Kazaruddin Saisi berpendapat, apa yang berlaku itu bukanlah ‘perkara yang besar’ dan menitipkan harapan agar mereka dapat berbaik semula.

Berita berkaitan: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand

Untuk rekod, Syamsul Yusof ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana mendakwa memberikan maklumat tidak tepat kepada isteri dan keluarganya berhubung isu bernikah satu lagi.

Puteri Sarah Liyana pula, telah meminta agar pengarah terbabit berterus terang dan mengakui apa yang dilakukan terutamanya melibatkan dakwaan suaminya itu sudah menikah lagi di Thailand.

Puteri Sarah Liyana dilaporkan mendedahkan bahawa wanita yang juga pihak ketiga telah menganggu kesihatan mentalnya sejak 2019 dan menyebabkan dia dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Berita berkaitan: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand

Puteri Sarah Liyana dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014, kemudian dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Difahamkan, Puteri Sarah Liyana pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tarikh perbicaraan oleh Mahkamah Sivil akan berlangsung pada tahun 2023 tidak lama lagi.

Berita berkaitan: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand

Author

Pilihan Editor