HomeBeritaMahkamah Syariah benarkan hujahan kes Iddah, Mutaah Emilia

Mahkamah Syariah benarkan hujahan kes Iddah, Mutaah Emilia

KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah hari ini membenarkan permohonan Emilia Hanafi, mengemukakan hujahan untuk permohonan menarik balik tuntutan nafkah Iddah dan Mutaah yang telah difailkan pada tahun 2016 di Kuala Lumpur dengan kebebasan memfailkan kes tersebut di Selangor.

Berita berkaitan: Buang air besar dalam tong hitam, ditonton 22 penghuni

Emilia adalah bekas isteri jutawan, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, bercerai pada Januari 2016 namun masih memperjuangkan hak tuntutan nafkah Iddah dan Mutaah baginya.

Peguam yang mewakili Emilia, Azmi Rais dari Tetuan Zulkifli Yong & Azmi berkata mahkamah juga memberi lanjutan tempoh untuk Emilia kemukakan hujah pada hari ini seperti yang dipohon.

“Mahkamah tetapkan tarikh keputusan pada 31 Januari 2023 jam 2.30 petang.

“Mahkamah benarkan responden untuk menjawab hujah pemohon jika ada 14 hari dari tarikh ini.

“Tarikh seterusnya, 31 Januari tahun depan jam 2.30 petang, Iddah dan Mutaah untuk keputusan permohonan tarik balik kes di Kuala Lumpur dan kebenaran untuk failkan semula di Selangor.

“Anak guam saya belum beri keterangan semasa perbicaraan di hadapan hakim terdahulu. Ada salah faham sikit kerana, peguam kepada defendan menyangka anak guam saya sudah beri keterangan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Buang air besar dalam tong hitam, ditonton 22 penghuni

Terdahulu, Hakim Shamsuddin Hussain membenarkan permohonan berkenaan.

Emilia turut diwakili peguam Tetuan Nazri Yahya & Co manakala peguam responden daripada Akberdin & Co.

Bagaimanapun, responden (SM Faisal) tidak hadir untuk sebutan Iddah dan Mutaah berkenaan.

Berita berkaitan: Buang air besar dalam tong hitam, ditonton 22 penghuni

Author

Pilihan Editor