HomeBeritaBuang air besar dalam tong hitam, ditonton 22 penghuni

Buang air besar dalam tong hitam, ditonton 22 penghuni

KUALA LUMPUR: Emilia Hanafi, 43, bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin yang dibebaskan dari Penjara Wanita Kajang pada Jumaat berkongsi pengalamannya dalam penjara selama lima hari.

Antara kisah mengejutkan adalah beliau diberi tong hitam sebesar tong cat 4 liter untuk membuang air kecil dan satu lagi tong buang air besar.

Berita berkaitan: Hukuman penjara bukan lagi untuk penjenayah

Emilia berkata, pengalaman yang amat mencabar ialah ketika membuang air besar kerana hanya diberi satu tong hitam sahaja.

“Ia pengalaman yang tidak boleh saya lupakan, 22 penghuni yang ada bersama ketika itu boleh menonton kita hendak kencing atau berak.

“Tong ini akan dibawa keluar ke tandas yang hanya dibenarkan keluar dua kali sahaja sehari iaitu awal pagi dan lewat petang.

Berita berkaitan: Hukuman penjara bukan lagi untuk penjenayah

“Tiada penghadang, tiada dinding. Sel itu dikelilingi cermin kaca, ada gelungan kawat berduri dan ada pengawal lelaki, jika menanggalkan baju kena hati-hati,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Emilia dibebaskan pada jam 9.30 pagi Jumaat diiringi oleh wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan meluahkan kepada wartawan MEDIA VARIASI yang beliau tidak malu digelar banduan, kerana masuk penjara atas ketidakadilan dan hati tenang kerana tahu dirinya tidak bersalah.

Beliau selesai menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur dengan mengubah tarikh lawatan anak dengan bekas suaminya.

Berita berkaitan: Hukuman penjara bukan lagi untuk penjenayah

Emiia membuat permohonan semakan kehakiman yang difailkannya bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnya dan kes itu masih berjalan.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman itu terhadap Emilia kerana mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Pada 2015, terdapat 77 kes telah difailkan di semua mahkamah, termasuk kes jenayah, kes sivil dan kes syariah, ini termasuk 60 kes di mahkamah syariah, termasuk tindakan komital yang difailkan oleh bekas suami.

Berita berkaitan: Hukuman penjara bukan lagi untuk penjenayah

Perjuangan Emilia belum tamat, hari ini Emilia berjalan tenang menerima takdir hidupnya, kesalahan dirinya hanyalah kerana tidak mempunyai wang yang banyak untuk menggunakan sepenuh peluang yang ada di mahkamah.

Beliau yakin hikmah dari ujian ini untuk semua buka mata bahawa sistem Syariah negara ini perlu ada prinsip kemanusiaan, mendidik dan mencegah bukannya sifat menghukum.

Semoga selepas kes Emilia ini tiada lagi ibu yang terpisah daripada anak-anak mereka kerana dipenjarakan atas alasan yang tidak munasabah.

Berita berkaitan: Hukuman penjara bukan lagi untuk penjenayah

Author

1 COMMENT

  1. Atas dasar atau perkara apa dan [jenayah apa] yang telah diperlakukan oleh bekas isteri sehingga menggunakan Mahkamah Tinggi hanya atas perubahan pada tarikh lawatan dikenakan hukuman 7 hari penjara?

    Apakah itu dipanggil “jenayah”?

    Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman berdasarkan pada hukuman perkara apa?

    Under the Organic Common Law, Universal and Natural Law, a crimes is committed provided,

    1. You hurt someone &
    2. Damages to Property

    Either in Civil or Criminal matter to involve before anyone can be brought to Court.

Pilihan Editor