HomeBeritaMalaysia kurang 100,000 jurutera tempatan - KKR

Malaysia kurang 100,000 jurutera tempatan – KKR

kUALA LUMPUR: Kekurangan tenaga kerja mahir tempatan antara punca penempatan tenaga kerja asing bertambah.

Merujuk kepada maklumat Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), nisbah jurutera kepada populasi rakyat Malaysia berbanding dengan negara-negara maju yang lain.

Realiti yang berlaku hari ini adalah Malaysia masih kurang 100,000 jurutera untuk menampung pertambahan projek yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Wira Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mengakui perkara itu berkata, ketika ini data menunjukkan lebih 200,000 jurutera berdaftar dalam negara.

Wan Ahmad Uzir ketika hadir di Hari Profesional Teknikal Negara 2022 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur

“Keperluan untuk projek dan pembangunan ketika ini adalah lebih 300,000 jurutera.

“Profesion teknikal ini merangkumi arkitek, ukur bahan dan jurutera.

“KKR sedang bekerjasama dengan TVET agar lebih ramai tenaga kerja lahir daripada usaha ini untuk menampung keperluan negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Profesion Teknikal Negara (HTPN) di sini hari ini.

Beliau mewakili Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

HTPN bermula dari 19 hingga 21 Disember 2022 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kuala Lumpur.

Wan Ahmad Uzir ketika hadir di Hari Profesional Teknikal Negara 2022 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur

Mengungguli Teknologi Melonjak Pembangunan adalah tema sambutan HPTN tahun ini dengan mengambilkira transformasi penggunaan teknologi terkini khususnya di dalam bidang teknikal, di samping menggalakkan golongan muda sertai profesion teknikal.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Uzir turut mengulas isu gaji permulaan profesion teknikal di dalam negara terlalu rendah iaitu RM2,000 berbanding negara luar.

Katanya, isu ini mungkin jadi faktor utama kurangnya minat golongan muda untuk menceburi profesion ini.

“BEM telah mewujudkan satu task force untuk mengkaji gaji permulaan jurutera di Malaysia.

“Kadar gaji ketika ini terlalu rendah tak sesuai dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Cadangan tangga gaji dari pihak kita adalah RM2,800 hingga RM3,500,” katanya.

Author

Pilihan Editor