HomeSukanSelangor FC sambar tonggak Harimau Malaya

Selangor FC sambar tonggak Harimau Malaya

KELAB yang berpangkalan di lembah klang, Selangor FC hari ini mengumumkan Ahmad Khuzaimi Piee sebagai pemain baharu mereka. 

Khuzaimi, 29, bermain di posisi pertahanan tengah sebelum mewakili UiTM FC pada tahun 2021 sebelum ke Negeri Sembilan FC pada tahun 2022. 

Pemain kelahiran Melaka ini telah menjadi pilihan utama jurulatih Negeri Sembilan FC, K Devan dengan penampilan sebanyak 23 kali dalam saingan Liga Malaysia. 

Sebelum itu, Selangor FC turut menanda tangani pertahanan kiri PJ City iaitu V Ruventhiran. Pemain kelahiran Selangor berusia 21 tahun ini telah membuat 41 penampilan serta dua bantauan gol semasa beraksi bersama PJ City FC. 

Kehadiran Khuzaimi dan Ruventhiran pasti bakal memantapkan perancangan Tan Cheng Hoe untuk saingan akan datang untuk meneruskan misi ke Asia pada tahun 2024. 

Kedua-dua pemain baharu Selangor FC ini berada di dalam kem Harimau Malaya bagi saingan AFF Mitsubishi Cup 2022. 

Author

Pilihan Editor