HomeSukanPiala Dunia Mesir: Skuad Dodgeball negara mahu kekal ranking no 1

Piala Dunia Mesir: Skuad Dodgeball negara mahu kekal ranking no 1

PASUKAN Dodgeball Kebangsaan negara bakal berentap pada Piala Dunia 2022 Mesir yang dijadual berlangsung mulai 13 sehingga 17 Disember ini.

Menerusi hantaran Di Facebook Kementerian Belia Sukan (KBS), skuad dodgeball negara kekal komited dalam memastikan Malaysia kekal berada di ranking pertama dunia bagi sukan berkenaan.

“#TeamKBS amat berbangga dengan komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh MDF dan para atlet yang sentiasa berusaha untuk menaikkan nama Malaysia dalam Sukan Dodgeball ini.

“Pasukan Dodgeball Malaysia ini juga berada pada ranking pertama di dunia melalui kejayaan pada Piala Dunia di Manchester dan New York serta turut meraih gelaran Juara Asia hasil kemenangan pada kejohanan yang telah berlangsung di Hong Kong pada 2019,” tulisnya hari ini.

Pada masa sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hadir merasmikan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang dan pelancaran Jersi Rasmi Pasukan Dodgeball Kebangsaan Ke Piala Dunia 2022 Mesir.

Beliau mewakili seluruh KBS mengucapkan selamat maju jaya serta berharap skuad dodgeball kebangsaan berserta pihak pengurusannya dapat mencipta lebih banyak kejayaan dalam sukan itu.

Author

Pilihan Editor