HomeGaya HidupHot Wheels akan keluarkan Proton Saga versi mini

Hot Wheels akan keluarkan Proton Saga versi mini

BUKIT MERTAJAM: Pengeluar kereta mainan Hot Wheels Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta Malaysia Proton untuk menghasilkan model skala 1:64 kereta nasional pertama negara, Proton Saga.

Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc, Steve Totzke berkata, kerjasama itu adalah untuk memperingati ulang tahun ke-40 penubuhannya di Malaysia.

“Ini adalah perkongsian lesen yang menarik kerana kami bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, dimodelkan selepas Proton Saga asal, model pertama yang dikeluarkan Proton, kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi perseorangan Hot Wheels.

“Perkongsian lesen ini bertujuan untuk mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia,” katanya lapor Malaysia Now.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-40 Mattel di Bukit Mertajam pada Selasa.

Steve Totzke ketika mengumumkan kerjasama Hot Wheels dan Proton itu. (Kredit foto Twitter @Myrulee_)

Totzke berkata, Proton Saga adalah kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Model Hot Wheels baharu ini dijangka mula dipasarkan dengan jualan di seluruh dunia menjelang akhir 2023.

Author

Pilihan Editor