KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Ahli-ahli Parlimen supaya untuk menjaga adab dan susila masing-masing serta tidak melanggar batas peraturan yang ditetapkan semasa persidangan Dewan Rakyat.
Beliau berkata, Ahli Parlimen seharusnya sentiasa menjaga kemulian Dewan Rakyat dan tidakĀ membiarkan rakyat mentertawakan mereka dengan pelbagai kerenah yang ditunjukkan kerana ia turut dapat ditonton.
āBoleh berbeza pendapat, boleh bertengkar tetapi harus jaga kemuliaan Dewan ini denganĀ tidak (bersikap) keterlaluan kerana ini akan ditertawakan rakyat yang melihat seluruh DewanĀ ini menjadi gelanggang seperti mana yang disebut dalam media sosial, sarkas.
āSaya bagi jaminan, kita akan beri sokongan penuh kalau tindakan itu perlu dikenakan ke atas Ahli-ahli Berhormat daripada Kerajaan Perpaduan,ā katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkanĀ peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 di Dewan Rakyat hari ini.
PARLIMEN-ANWAR (TATASUSILA) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Anwar juga memintaĀ Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selakuĀ Ketua Whip Kerajaan Perpaduan agar memaklumkan kepada Ahli Parlimen KerajaanĀ untuk menjaga tatasusila, adab serta peraturan dan berharap perkara yang sama turut dilakukan oleh pihak pembangkang.
Sementara itu, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang memberikanĀ sokongan kepada beliau menerusi Usul Undi Percaya yang diluluskan dengan lebih suara bersetuju di Dewan Rakyat semalam.
āTerima kasih kepada Ahli Parlimen termasuk pembangkang yang menyatakan Usul Undi Percaya mengenai keabsahan tidak diperlukan.
āItu bermakna mereka menerima kenyataan, ada perubahan dan memberikan peluang kepada saya untuk melaksanakanĀ Ā tanggungjawab untuk meneruskan tugas tanpa gangguan dari sudut pertikaian keabsahan,ā katanya. – BERNAMA