HomeBeritaPresiden Perkid dedah MAIS tolak permohonan perbaharui tauliah mengajar

Presiden Perkid dedah MAIS tolak permohonan perbaharui tauliah mengajar

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menolak permohonan memperbaharui tauliah mengajar negeri, terhadap Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat, baru-baru ini.

Berdasarkan pendedahan surat MAIS bertarikh 13 Disember 2022 di akaun Facebook Presiden Perkid, permohonan itu ditolak tanpa sebarang alasan.

Keputusan itu dibuat berdasarkan Subseksyen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan 13 Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS, pada 7 Disember 2022.

Difahamkan, permohonan itu ditolak selepas 14 tahun diberi pentauliahan oleh majlis berkenaan.

Untuk rekod, Masridzi sebelum ini mempertahankan Madrasah Darussolihin yang menjalankan rumah pemulihan tanpa daftar,  pernah ditahan ISA pada 2000.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, mempertahankan laporan isu tahahan secara salah dan memulihkan dengan cara kekerasan oleh sebuah madrasah yang tidak berdaftar, Madrasah Darussolihin di Jalan Kebun, Shah Alam.

Laporan itu dibuat berdasarkan kepentingan awam dan fair reporting setelah menerima laporan polis dan beberapa akuan bersumpah bekas penghuni dari madrasah berkenaan yang menceritakan pengalaman mereka.

Pertubuhan Kebajikan Darussolihin mengemukakan surat tuntutan mohon penjelasan masing-masing kepada wartawan MEDIA VARIASI dan mangsa yang mendakwa didera ala ‘militan’.

Pusat berkenaan bagaimanapun menggugurkan nama madrasah dan kini mengguna pakai nama baharu, iaitu Rumah Pemulihan Darussolihin.

Author

Pilihan Editor