MOSCOW: Gelombang rusuhan yang melanda Peru sudah meragut 28 nyawa sejak minggu lepas, menurut Pejabat Ombudsman pada Selasa.
“Seramai 22 orang awam maut dalam pertempuran, enam akibat nahas jalan raya yang berkaitan dengan langkah sekatan susulan rusuhan itu,” memetik laporan Pejabat Ombudsman, lapor Sputnik.
Selain itu, 661 orang termasuk 371 orang awam dan 290 pegawai polis cedera.
Bantahan terhadap kerajaan sementara mula tercetus di seluruh Peru berikutan pemecatan dan penyingkiran bekas presiden Pedro Castillo pada 7 Disember.
Perdana Menteri Dina Boluarte mengangkat sumpah sebagai presiden baharu dua jam selepas Castillo disingkirkan.
Boluarte kemudian mencadangkan pilihan raya presiden diadakan pada 2024 namun, beliau tidak menolak kemungkinan pemilihan akan diadakan lebih awal iaitu pada Disember 2023. – BERNAMA