PELAKON popular Korea Selatan, Song Joong-ki kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita British.
Perkara itu disahkan oleh agensinya, Studio HighZium pada Isnin.
Menurut agensi tersebut, bintang berusia 37 tahun itu telah menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan selama kira-kira setahun dan mereka berkenalan melalui seorang rakan.
“Song sedang dalam proses mengenali wanita itu. Itu sahaja yang kami boleh kongsikan,” kata agensi berkenaan.
Terdahulu, sebuah akhbar Korea Selatan melaporkan wanita tersebut berkewarganegaraan Britain dan tidak terbabit dengan industri hiburan.
Dia dikatakan menemani Song ke sidang media siri drama fantasi Reborn Rich di Singapura pada 7 Disember lalu.