HomeMV+EksklusifTiga keutamaan Zahid untuk bela nasib rakyat

Tiga keutamaan Zahid untuk bela nasib rakyat

PUTRAJAYA: ‘Food on the table, money in the pocket dan semua dapat shelter’ adalah keutamaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kepada MEDIA VARIASI bahawa, rakyat perlu sentiasa cukup bekalan makanan, pendapatan mereka juga perlu cukup serta stabil, rumah tempat berteduh juga perlu sesuai dan selesa untuk keharmonian keluarga.

Zahid yang juga memegang porfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu berkata, beliau mengutamakan transformasi berani dalam merealisasikan tiga perkara asas itu.

“Apa yang rakyat mahu? Food on the table, money in the pocket dan shelter.

“Tiga perkara asas ini penting untuk mewujudkan kualiti hidup rakyat (quality of life).

“Ketiga-tiga ini harus difikirkan mekanisme perlaksanaannya agar ia dapat direalisasi dan transformasi dapat dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di pejabat rasmi TPM, di sini.

Menjelaskan agenda rakyat itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, apabila membabitkan sumber makanan terjamin, ia dikaitkan dengan kos sara hidup.

“Tak ramai yang ada kemampuan untuk mendapatkan makanan. Kedua, melibatkan pendapatan. Berapa peratus rakyat yang berpendapatannya kurang daripada RM2,208 (di bawah garis kemiskinan).

“Ketiga, masalah perumahan. Rumah terlebih-lebih (lambakan), tetapi orang tak boleh beli, sebab mahal, disebabkan kos material bangunan, tanah dan infrastruktur. Rumah RM2 juta banyak, tapi takkan yang pendapatan RM2,208 sebulan mampu beli?” katanya lagi.

Antara laporan berita berhubung usaha konsisten Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membela nasib rakyat sebelum menjawat jawatan di Kabinet

Justeru itu, Zahid memberitahu perkara ini perlu dibincangkan lebih serius di peringkat kementerian bagaimana di bawah Kerajaan Perpaduan terus bekerja agar rakyat dapat penyelesaian segera atas perkara yang telah disebutkan.

Zahid yang telah mengangkat sumpah setelah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 3 Disember 2022 mewakili parti Barisan Nasional bagi membentuk Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahid bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Umum mengetahui berjuta rakyat hilang punca pendapatan sejak Mac 2020 iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dikuatkuasakan dengan larangan rentas daerah dan larangan rentas negeri.

Selepas kerajaan benarkan rentas daerah dan negeri secara berperingkat pada awal September 2021, rakyat sudah berada di saat kritikal, ramai sudah jatuh dalam kategori miskin rentan iaitu tiba-tiba jatuh miskin kerana pelbagai faktor.

Miskin rentan adalah kelompok yang tiba-tiba jatuh miskin kerana pelbagai faktor seperti diberhentikan kerja, hilang pencari nafkah kerana cerai atau kematian akibat pandemik, bencana dan lain-lain, tinggal di bandar atau pinggir bandar.

Mereka sebenarnya terputus wang sara hidup dan hanya memerlukan satu peruntukan tertentu sahaja bagi mengeluarkan mereka daripada masalah.

Perniagaan mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat dari Oktober 2021, namun musibah lain datang melanda iaitu banjir dan tanah runtuh.

Dua bencana ini dijadikan alasan berlaku kenaikan harga barang makanan sehingga menyebabkan kos sara hidup rakyat bertambah ketika itu.

Bencana banjir dan tanah runtuh memusnahkan kenderaan untuk kegunaan mereka keluar mencari sesuap nasi, rumah tempat berteduh musnah menyebabkan mereka terpaksa keluarkan kos lagi mencari rumah sewa untuk dihuni.

Selepas musibah berlalu, sejak awal tahun 2022 hingga hari ini, rakyat sedang memulihkan ekonomi diri dan keluarga masing-masing.

Keperluan rakyat inilah yang menjadi agenda utama Ahmad Zahid dalam memastikan rakyat mampu menangani ‘cost of living’ sekaligus mencapai kualiti hidup yang mereka mahukan.

Author

Pilihan Editor