HomeHiburanMuka sama! Netizen mahu Anna Jobling, Amelia Henderson lakon watak adik beradik

Muka sama! Netizen mahu Anna Jobling, Amelia Henderson lakon watak adik beradik

CYBERJAYA: Baru-baru ini, pelakon, Anna Jobling dan Amelia Henderson menjadi perhatian warga maya apabila wajah mereka dikatakan amat mirip persis ‘kembar’.

Perkara itu susulan Amelia memuat naik sebuah video pendek di TikTok rasminya bersama Anna bagi mengikuti ‘trend’ kembar.

https://www.tiktok.com/@ameliath/video/7172523366094572826?embed_source=null%3Bnull%3Bembed_name&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=gempak.com%2Fberita-terkini%2Fvideo-amelia-anna-jobling-macam-kembar-netizen-suruh-berlakon-adikberadik-letak-zahirah-sekali-jadi-kakak-sulung-please-77176%3Ffbclid%3DIwAR3fJ62nNuczqSc82wEsk2uWbTM4nQIYfZfygaVo7DHbZxuhteYSYQJw670&referer_video_id=7172523366094572826

Video yang sudah mendapat lebih 2.8 juta tontonan itu nyata disukai ramai pihak dan rata-rata warga maya bersetuju dengan kemiripan wajah kedua pelakon jelita itu kerana disifatkan sama.

Malah, ada juga yang menyarankan mereka berdua untuk bergandingan sebagai adik-beradik.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta pelakon jelitawan, Zahirah MacWilson untuk digandingkan bersama Amelia dan Anna sebagai watak kakak sulung.

Bukan itu sahaja, nama Maria Farida juga diseru warga maya selaku watak ibu kepada mereka bertiga.

Author

Pilihan Editor