HomeBeritaTragedi tanah runtuh: Dua mayat ditemui dalam keadaan berpelukan

Tragedi tanah runtuh: Dua mayat ditemui dalam keadaan berpelukan

HULU SELANGOR: Dua mayat ditemui dalam keadaan berpelukan dipercayai ibu dan anak di Sektor C (Riverside) sekitar pukul 4.40 petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan kedua mayat tersebut merupakan mangsa ke-17 dan 18 yang terkorban akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands.

Mangsa ditemui berpelukan melibatkan seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia lingkungan tiga tahun, lapor Kosmo hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui berada di antara sektor A atau B semasa kejadian berlaku, namun dibawa arus tanah ketika kejadian.

Sementara itu, menerusi laporan dari Pusat Pengurusan Operasi JPBM pula memaklumkan setakat jam 6.11 petang tadi, Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah menemukan tiga orang mayat iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

Penemuan itu menjadikan angka korban setakat ini adalah seramai 21 orang.

Author

Pilihan Editor