HomeBeritaTragedi tanah runtuh: PM, menteri akan turun padang - Fahmi Fadzil

Tragedi tanah runtuh: PM, menteri akan turun padang – Fahmi Fadzil

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri akan turun memantau lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang berlaku awal pagi tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, khabar itu disampaikan sendiri kepadanya oleh perdana menteri ketika dihubunginya.

“Sebelum kami masuk ke dewan (perhimpunan kementerian pagi ini), saya sempat bercakap sebentar dengan perdana menteri dan memang telah dikerahkan beberapa menteri untuk turun ke lokasi, timbalan perdana menteri akan susuli dan insya-Allah perdana menteri akan susuli malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat Tahun Baharu ketika perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya, hari ini.

Setakat jam 9.15 pagi, Agensi Bencana Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan lapan mangsa terkorban manakala tujuh lagi cedera.

Operasi pencarian mangsa kejadian tanah runtuh masih giat dilaksanakan oleh agensi berkaitan.

Author

Pilihan Editor