HomeHiburan'Fazura pakai baju kelawar lusuh pun cantik weh' - Netizen

‘Fazura pakai baju kelawar lusuh pun cantik weh’ – Netizen

CYBERJAYA: Meskipun hanya memakai ‘tudung sarung’ ketika bercuti bersama keluarga, kecantikan pelakon dan usahawan, Fazura masih terserlah dan memukau warga maya.

Perkara itu menjadi bualan para netizen khususnya dalam kalangan wanita yang mengakui bahawa wajah Fazura cantik semula jadi membuatkan dirinya sentiasa menawan.

Baru-baru ini, pelakon yang giat aktif dalam perniagaan tudung itu menjadi perhatian apabila dia memuat naik foto bercuti bersama suami, Fattah Amin dan cahaya matanya, Nur Fatima di Jerman.

Dalam foto tersebut, Fazura terlihat ‘bersahaja’ mengenakan pemakaian serba hitam dengan penggunaan tudung sarung.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kecantikan pelakon itu.

Malahan, ada yang berpendapat bahawa Fazura akan sentiasa kelihatan cantik meskipun hanya mengenakan baju kelawar yang lusuh.

Author

Pilihan Editor