HomeGaya HidupWanita kahwin lewat bukan lagi satu masalah zaman sekarang

Wanita kahwin lewat bukan lagi satu masalah zaman sekarang

KLANG: Isu berkahwin lewat ketika melangkaui usia 30 tahun ke atas pernah menjadi satu dilema buat kaum wanita di Malaysia atas dasar pandangan masyarakat terhadap mereka.

Kalau dahulu, wanita sering dimomokkan supaya berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun kerana nanti dikhuatiri akan mengalami kesukaran kerana semakin tua, dan perkara ini berlegar-legar di kalangan masyarakat secara dalaman.

Namun seiring perjalanan masa terkini, isu tersebut dilihat bukan lagi satu masalah bagi kaum wanita memandangkan pandangan masyarakat terhadapnya juga sudah semakin berubah.

MEDIA VARIASI berkesempatan mendapatkan pandangan daripada beberapa kaum wanita semasa membuat liputan di lapangan, mengenai perkara ini.

Peniaga, Liya Othman berpandangan bahawa isu wanita berkahwin lewat usia ini adalah atas urusan individu tersebut.

Liya Othman.

“Pada pandangan saya, kahwin lambat atau awal itu semua atas urusan daripada individu itu sendiri.

“Macam saya sendiri pun, nak kata saya kahwin awal pun tidak juga, saya pun boleh dikategorikan kahwin lewat juga.

“Tetapi, semua ini atas urusan Dia juga. Ajal maut, jodoh pertemuan dekat tangan Allah, jadi kita ikut sahaja arus kehidupan kita,” tuturnya penuh positif.

Sementara itu, peniaga, Shahira Abdul Rashid pula berasakan isu wanita berkahwin lewat ini tiada masalah kerana terletak pada pendirian individu tersebut.

Shahira Abdul Rashid.

“Saya rasa tiada masalah, sebabnya ini adalah masing-masing punya pendirian.

“Perkahwinan ini pun bukannya perkara yang boleh main buat sahaja, kita kena ada persediaan, jadi kalau dia rasa belum bersedia untuk perkahwinan kenapa nak paksa untuk teruskan beri tekanan kepada individu itu?

“Kahwin apabila sudah bersedia untuk bertangungjawab terhadap komitmen,” ujarnya tegas.

Peniaga, Hamidah Nordin juga melihat isu ini juga bukanlah lagi satu masalah di masa zaman sekarang.

Hamidah Nordin.

“Wanita kahwin lewat atas 30 tahun, rasanya tak ada isu zaman sekarang.

“Kadang-kadang, wanita sekarang lebih suka hidup solo sebab mereka boleh pergi ke sana sini tanpa ada ikatan dan mungkin kewangan mereka lebih kukuh daripada wanita yang berkahwin awal atau cepat.

“Dan kebanyakan zaman sekarang ini, wanita berkerjaya lebih suka tidak ada pasangan, bukan nak kata bebas tak ada ikatan, cuma dari segi nak pergi ke mana-mana,” jelas Hamidah.

Adakah isu wanita kahwin lewat masih satu masalah? [VIDEO]

Author

Pilihan Editor