HomeBeritaViralWarga emas Malaysia hilang di kota Makkah ditemui selamat

Warga emas Malaysia hilang di kota Makkah ditemui selamat

CYBERJAYA: Seorang warga emas, Ibrahim Omar, 67, yang dilaporkan hilang di Tanah Suci Makkah sejak seminggu yang lalu kini ditemui selamat.

Khabar gembira itu dikongsi oleh seorang mutawif, Nabil Alkhred menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Saya jumpa Pak Ibrahim yang hilang selama hampir 10 hari, kesian tengok dia ke hulu ke hilir, syukur pak Ibrahim sihat, cukup makan, cukup minum.

“Saya tanya tidur di mana, pak Ibrahim jawab dia tidur di tempat burung merpati kumpul. Mukanya ada sikit lebam kerana tersembam di batu, tapi semuanya selamat tiada ada apa apa yang yang cedera teruk. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.

Mengimbau kembali detik pertemuan itu, Nabil menyatakan bahawa Ibrahim amat teruja saat disapa olehnya kerana berasa sudah lama tidak menemui orang Malaysia di sana.

Tambah Nabil, Ibrahim tidak putus asa meneruskan pencarian kumpulan jemaahnya ketika dia hilang.

“Hari-hari dia menangis sambil mencari jemaahnya, name tag travel nya serta beg sentiasa dia pakai tapi tak jumpa juga jemaah Malaysia, nak cakap Arab tak tahu, jadi pak Ibrahim tak putus asa teruskan berjalan, hanya berhenti bila penat, dan tidur di mana rasa nak tidur.

“Bila saya bagitahu ahli keluarganya serta jemaah yang semua dah pulang ke Malaysia, saya cakap pak Ibrahim jangan risau pak Ibrahim pasti saya serahkan kepada pihak travel untuk uruskan pak Ibrahim pulang ke pangkuan keluarga tersayang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak mendoakan keselamatan dirinya.

Terdahulu, MEDIA VARIASI melaporkan Ibrahim hilang di kota Makkah saat menunaikan ibadah umrah bersama isterinya.

Susulan kehilangan Ibrahim yang melebih 10 hari, anaknya, Shila Ibrahim mencadangkan supaya pihak berkaitan dapat membangun gelang GPS untuk kegunaan para jemaah umrah dan haji bagi mengelak berlakunya kejadian yang sama berulang kali.

Author

Pilihan Editor