HomeBeritaPolitikHasrat PN nak ‘goncang’ Pulau Pinang hanya angan-angan – Guan Eng

Hasrat PN nak ‘goncang’ Pulau Pinang hanya angan-angan – Guan Eng

GEORGETOWN: Kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa Perikatan Nasional (PN) akan ‘menggoncang’ Pulau Pinang disifatkan umpama angan-angan semata.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut berkata, kenyataan Shahidan itu ibarat peribahasa ‘biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya’.

“Biarkan si labu dengan… biarlah biar…kalau dia nak (goncang Pulau Pinang) biarlah dia dengan dia punya anggan-angan dia,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di sini, pada Khamis.

Pada Rabu, Shahidan memuat naik sebuah video di Facebook rasminya dengan paparan menyatakan PN mempunyai strategi tertentu untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor, selain yakin dapat ‘menggoncangkan’ Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Author

Pilihan Editor