HomeHiburanInsya-Allah saya akan kembali – Sissy Imann mohon maaf

Insya-Allah saya akan kembali – Sissy Imann mohon maaf

CYBERJAYA: Peserta program Famili Duo, Sissy Imann tampil menerusi Instagram rasminya memohon maaf kepada gandingannya dalam program itu, Naim Daniel kerana terpaksa berdepan dengan situasi yang berlaku kini.

Sissy, 28, turut menyatakan bahawa sebelum pertandingan bermula, mereka sudah berjanji untuk bersama-sama menghadapi apa saja kemungkinan.

Bagaimanapun, dia meminta maaf terhadap Naim yang juga sepupunya kerana tidak dapat menjadi sekuat Naim.

“Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri. Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ni sedangkan semua ini sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama.

“Tak semena-mena awak yang kena ambil alih segalanya sekarang,” tulisnya.

Pada masa sama, Sissy turut meminta maaf kepada rakan-rakan termasuk media yang cuba menghubunginya.

“Sissy minta maaf juga kepada semua rakan-rakan media dan rakan-rakan yang saya tinggalkan di dalam gelap, terperangkap di dalam gelap sama seperti saya.

Sissy juga meminta maaf kepada rakan-rakan termasuk media yang cuba menghubunginya.

“Sissy minta maaf juga kepada semua rakan-rakan media dan rakan-rakan yang saya tinggalkan di dalam gelap, terperangkap di dalam gelap sama seperti saya.

“Jangan risau. Insya-Allah saya akan kembali. Beri saya sikit saja masa lagi ya? Sayang semuanya,” tulisnya.

Kritikan yang diterima daripada juri program berkenaan, Mas Idayu dalam episod baru-baru ini yang dianggap keterlaluan membuatkan Sissy hilang semangat seketika dalam meneruskan langkahnya selaku peserta.

“Hari ini hari Rabu. Selama enam minggu sebelum ini, hari inilah hari di mana kita dah putuskan konsep persembahan.

“Kita langgar waktu dengkur kita dengan perbincangan dan pastikan ‘deck’ yang kita buat bersama dah siap supaya produksi dah boleh bentangkan kepada props dan penata gaya dah boleh cari baju.

“Dan hari inilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio daripada pengarah muzik selepas selesai latihan dengan band yang selalunya hari Isnin, kita dah siap susun (muzik).

“Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual,” tulisnya lagi.

Author

Pilihan Editor