HomeBeritaKanak-kanak lelaki ditemukan lemas di pantai Kemayang

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di pantai Kemayang

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di Pantai Kemayang, petang Sabtu.

Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Hanif Nurhaqim Amran dilaporkan mandi bersama keluarganya di pantai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut bersama abangnya, Muhammad Hanif Lokman, 12.

“Bomba menerima panggilan pada jam 5.55 petang sebelum bergegas ke lokasi.

“Mayat mangsa ditemui di kepala tembok penghadang ombak kira-kira 200 meter dari lokasi dipercayai terjatuh.

“Bagaimanapun, sebelum itu abang mangsa sempat diselamatkan orang awam,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Maklumnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Author

Pilihan Editor