HomeGlobalLebih 80,000 bantah cadangan kerajaan Netanyahu cuba reformasi badan kehakiman

Lebih 80,000 bantah cadangan kerajaan Netanyahu cuba reformasi badan kehakiman

 

TEL AVIV: Lebih 80,000 orang mengadakan protes membantah cadangan kerajaan Israel yang dipimpin perdana menteri Benjamin Netanyahu berhubung pembaharuan badan kehakiman, lapor Agensi Anadolu.

Polis memaklumkan orang ramai mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Habima selama dua hari Sabtu berturut-turut.

Beberapa ahli politik pembangkang termasuk Bekas Menteri Pertahanan, Benny Gantz turut menyertai tunjuk perasaan itu.

Beribu-ribu penunjuk perasaan turut berkumpul di hadapan Kediaman Presiden di Baitulmaqdis Barat dan kediaman rasmi Netanyahu.

Perubahan yang dicadangkan akan mengehadkan kuasa Mahkamah Agung Keadilan, memberi kerajaan kuasa untuk memilih hakim dan menamatkan pelantikan penasihat undang-undang ke kementerian oleh Peguam Negara. – BERNAMA

Authors

Pilihan Editor